Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    JDBM adakan majlis agih bendera

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-41, Jabatan Daerah Brunei dan Muara mengadakan Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Brunei Dan Muara di Perkarangan Letak Kereta, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Lapangan Terbang Lama, Berakas, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Turut hadir ke majlis adalah para pegawai dan kakitangan jabatan dan petugas media.

    Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak hadir selaku tetamu kehormat.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Kampung Kawasan 4 RPN Panchor, Awang Faidil Rosemady bin Mohamad, diikuti dengan penyerahan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam oleh tetamu kehormat kepada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei bagi upacara menaikkan bendera dengan diiringi lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan.

    Majlis terus menyaksikan pengagihan bendera-bendera dan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada para penghulu dan pemangku penghulu mukim, wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi, persekutuan, persatuan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), wakil daerah Polis Brunei dan Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pasukan Pancaragam Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Koir Syababul Bahir dan Pasukan Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

     Semua di atas: Antara yang menerima agihan bendera daripada tetamu kehormat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda