Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Untuk meringankan lagi bebanan kehidupan mereka yang memerlukan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) mengadakan Majlis Penyerahan Keperluan Membaik pulih Rumah dan Jalan bagi Orang Berkeperluan Khas kelmarin.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.
Majlis diselajurkan dengan penyampaian sumbangan keperluan makanan asasi daripada Tabung Amal Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta syarikat Cityneon Displays & Contruction Sdn Bhd yang menyumbangkan hamper bagi keperluan menyambut Hari Raya.
Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Daerah Brunei dan Muara, pegawai dari Kementerian Kesihatan serta syarikat swasta.