Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    JDT All-Stars Friendly janjikan hebat

    JOHOR BAHRU, 30 JUN – Beberapa bekas pemain bolasepak ternama dunia sudah bersedia menunjukkan ‘taring’ mereka dalam perlawanan JDT All-Stars Friendly, malam ini, yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

    Claude Makelele, 46, yang pernah bermain untuk kelab gergasi Real Madrid antara tahun 2000 dan 2003 sebelum menyertai pasukan Chelsea sehingga 2008 berkata dia dan rakan baru sahaja tiba di bandar raya ini, pagi tadi, namun sudah nampak saingan sengit akan berlaku.

    Sementara itu, bekas pemain Newcastle United dan Fulham, Louis Saha, 41, berkata sudah lama tidak beraksi di padang, bukan alasan untuk dirinya gagal menyerlahkan corak permainan yang terbaik malam ini.

    Malah menurutnya, kebanyakan pemain yang disenaraikan untuk perlawanan itu pernah ditemuinya dahulu sewaktu kariernya sedang memuncak.

    Perlawanan menemukan pasukan JDT TMJ dan JDT Rest of the World di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, itu menyasarkan untuk mengumpul lebih daripada RM500,000 untuk disalurkan kepada beberapa pertubuhan kebajikan antaranya Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda