Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    JDT juara bertahan Piala FA setelah menewaskan KL City

    ISKANDAR PUTERI, 23 JULAI – Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) 2-0 pada final yang julung kali berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, semalam.

    Ia merupakan kali ketiga skuad Harimau Selatan bergelar juara selepas memenanginya pada 2016 dan musim lepas, namun tahun ini lebih bermakna apabila melakukannya di laman sendiri dengan disaksikan seramai 33,598 penonton.

    Pemain tengah, Nathaniel Shio Hong Wan dan penyerang import dari Argentina, Leandro Velazquez masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk membantu skuad bimbingan Esteban Solari menjulang Piala FA yang memasuki edisi ke-32 itu.

    Kemenangan semalam turut melebarkan rekod tanpa kalah JDT dalam mana-mana pertandingan domestik musim ini dengan berjaya mencatat 17 kemenangan berturut-turut dalam kempen Liga Super.

    Dalam pada itu, kekalahan KL City menyaksikan mereka perlu menanti lebih lama untuk merangkul kejuaraan Piala FA buat kali pertama. – Bernama

    Pasukan JDT dinobatkan juara Piala FA 2023 selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC 2-0 pada perlawanan akhir Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda