Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    JDT lebarkan sayap

    JOHOR BAHRU, 9 OKT – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melebarkan sayap dengan menceburi sukan permotoran bersama pelumba motosikal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah bermula tahun depan.

    Menurut hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, JDT Racing Team akan mula beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada musim 2024.

    “JDT Racing Team akan mula beraksi di ARRC dengan hasrat untuk bersaing dalam Kejuaraan Superbike Dunia (Superbike World Championship) (WSBK),” menurut hantaran itu.

    Selain bola sepak, JDT turut menceburi sukan lain seperti futsal, polo, tinju dan hoki ais.

    “Usaha terbaharu ini disasarkan akan mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa,” menurut JDT.

    Pelumba berusia 29 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu merupakan pelumba Malaysia pertama bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada 2018. – Bernama

    Gambar Berita Harian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda