Friday, February 21, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    JDT mara ke pusingan 16 ACLE

    ISKANDAR PUTERI, 19 FEB – Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan Pohang Steelers FC 5-2 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, semalam.

    Pengendali kelahiran Argentina itu berkata walaupun berdepan kesukaran pada awal permainan, para pemain berjaya bangkit dan mempamerkan persembahan cemerlang sepanjang perlawanan untuk melakar kemenangan.

    “Bagi saya, semua pemain bermain dengan sangat baik untuk memastikan kemenangan ini dan membolehkan kami mara ke pusingan seterusnya. Walaupun pihak lawan berjaya menjaringkan gol lebih awal pada separuh masa pertama, pemain kami berjaya menyamakan kedudukan dan kemudiannya menambah jaringan untuk memastikan kemenangan menjadi milik kami.

    “Terima kasih kepada semua penyokong yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan ini supaya kami dapat melangkah lebih jauh,” katanya semasa sidang media di Iskandar Puteri. – Bernama

    Reaksi pemain JDT Arif Aiman meraikan jaringan dengan rakan-rakan ketika menentang Pohang Steelers FC pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, pada 18 Februari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda