MIAMI, 19 NOV – Juara bertahan ranking teratas, Jeeno Thitikul dari Thailand menyasarkan gelaran ketiganya musim ini dan hadiah lumayan dalam golf wanita di Kejohanan Jelajah LPGA yang menamatkan musim minggu ini.
Pertandingan bernilai AS$11 juta yang melibatkan 60 pemain teratas untuk hadiah utama AS$4 juta di Kelab Golf Tiburon di Naples, Florida, menampilkan bintang Asia berusia 22 tahun itu, yang telah memenangi enam penamat 10 teratas dalam tujuh perlawanan terakhirnya.
Jeeno memenangi Terbuka Mizuho Americas pada Mei lepas dan acara LPGA Shanghai bulan lalu, tetapi telah menjadi naib juara empat kali musim ini, termasuk dalam perebutan gelaran utama pertamanya di Kejohanan Evian pada Julai lalu di Perancis.
“Saya sangat teruja,” kata Jeeno. “Ia seperti perjalanan yang hebat tahun ini. Sudah tentu ada turun dan naik. Sudah tentu terdapat banyak peluang tetapi tidak berjaya memenanginya. Saya setentunya banyak menangis ketika mendapat naib juara (Evian).
“Tetapi beberapa kali saya tersungkur, ia memberi saya semangat untuk segera bangkit kembali, jadi saya fikir itu pengalaman dan pembelajaran hidup yang sangat baik untuk saya,” tambahnya.
Jeeno, yang tidak pernah berada di luar 10 teratas di Kejohanan Jelajah, juga sedang memburu wang hadiah sepanjang musim, Trofi Vare untuk purata mata terendah sepanjang musim dan anugerah Pemain LPGA Terbaik tahun ini.
“Saya fikir jika trofi itu milik orang lain, saya perlu memberikannya kepada orang yang layak,” kata Jeeno. “Jadi saya tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan selain hanya melakukan persembahan 100 peratus di padang,” ujarnya.
Pemain nombor empat dunia Minjee Lee dari Australia mendahului senarai penerima wang hadiah sepanjang musim dengan AS$3,822,388 manakala Jeeno berada di belakang dengan AS$244,058. – AFP

