Selepas mencipta kontroversi sebelum-sebelum ini, pelakon Indonesia Jefri Nichol kembali menerima pelbagai kecaman oleh warganet.
Memetik laporan mStar, Jefri, 25, secara terbuka mendedahkan dia menambah berat badan dengan banyak memakan daging termasuklah khinzir.
“Saya kebanyakannya makan daging. Ada beberapa kali (makan) daging khinzir,” katanya dalam satu temu bual bersama Vindes yang kembali tular di TikTok.
Kemudian, pengacara rancangan dikenali Desta secara melulu menganggap Jefri bukan seorang Muslim namun pelakon tersebut menafikannya.
“Saya Muslim,” ujarnya sebelum Desta menasihati supaya Jefri tidak mengulangi perkara sama lagi.
Pendedahan itu membuatkan warganet berasa kurang senang dan menganggap Jefri sebagai seorang yang tidak sensitif dan menjaga nama baik agama Islam.
Sebagai peringatan bersama, hukum memakan daging khinzir dengan sengaja adalah haram di sisi agama Islam berdasarkan dalil-dalil yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis. – Agensi