Pelakon Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dia terpaksa mula bekerja seawal usia 17 tahun kerana perlu menanggung perbelanjaan keluarganya yang dalam kesempitan.
Jefri, 24, berkata, selepas ibu bapanya bercerai dia merupakan tulang belakang keluarga untuk mencari rezeki bagi menanggung ibu, adik dan dua orang sepupu yang tinggal bersama mereka.
Bukan itu sahaja, dia juga perlu menyara bapanya yang tinggal di Padang, Indonesia, kongsi mStar.
“Saya menyara hidup keluarga. Ada ibu, adik dan dua sepupu tinggal di rumah. Sejak tiga tahun lalu ada juga dua orang rakan yang tinggal bersama.
“Bapa saya yang berada di Padang pun saya masih bantu,” katanya, petik mStar.
Tambah pelakon filem Dear Nathan ini, akan memastikan makanan di rumah sentiasa tersedia agar ahli keluarganya tidak kelaparan.
Bahkan Jefri juga terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pengajian kerana mahu memberi peluang kepada adiknya mendapat pendidikan terbaik.
“Saya tidak sambung pengajian selepas tamat sekolah. Biar adik saya sahaja yang sambung belajar,” ujarnya. – Agensi