Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jei bakal diri rumah tangga

    Anggota kumpulan FIESTAR iaitu Jei berkongsi berita gembira bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada 9 Oktober depan.

    Memetik laporan Soompi, Jei memberitahu dia kini sedang dalam proses melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya nanti.

    “Saya akan berkahwin dengan seseorang yang saya mahu habiskan kehidupan saya dengan dia. Kami bakal adakan majlis secara bersederhana yang akan dihadiri kedua-dua belah keluarga dan rakan terdekat sahaja.

    “Saya mengambil masa untuk berfikir bagaimana untuk berkongsi berita gembira ini dengan anda semua dan mungkin ia satu kejutan,” katanya. – Agensi

    Jei berkongsi berita gembira bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada 9 Oktober depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda