PARIS, 15 MEI – Jejak seekor reptilia menekan kuku kecilnya ke dalam tanah yang masih basah telah ditemui di Australia. Penemuan itu bermakna ia adalah haiwan bertulang tertua yang diketahui telah meninggalkan lautan secara kekal untuk tanah kering, kata satu kajian kelmarin.
Ia juga dengan ketara menolak tarikh apabila perintis berkaki empat itu membuat langkah evolusi penting yang akhirnya akan membawa manusia untuk menakluki dunia.
Jejak itu ditemui oleh ahli arkeologi amatur pada papak batu pasir selebar 30 sentimeter (cm) di kawasan pergunungan di negeri Victoria di tenggara Australia.
“Mula-mula terdapat satu tapak kaki haiwan yang tidak diketahui telah dibasahi oleh rintik hujan,” kata Pakar Paleontologi di Universiti Uppsala Sweden, Per Ahlberg, kepada AFP.
Ini menunjukkan jejak itu dibuat sebelum dibasahi hujan, kata Pengarang Kanan kajian Nature baharu yang menerangkan penemuan itu.

Kemudian terdapat dua jejak lagi selepas hujan.
“Jejak kedua menunjukkan moyang reptilia itu lebih terburu-buru.
“Kami melihat kukunya membuat calar panjang di atas tanah,” tambahnya.
Para penyelidik tidak dapat menentukan sama ada kedua-dua jejak dibuat oleh haiwan yang sama, tetapi Ahlberg berpendapat ia tidak mungkin.
Haiwan itu berukuran 60 hingga 80cm panjang dan kelihatan seperti cicak, tambahnya.
Haiwan itu mempunyai kuku adalah tanda yang jelas bahawa ia adalah amniote, sekumpulan haiwan yang hari ini termasuk mamalia, burung dan reptilia. – AFP