Saturday, February 1, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jejambat di lebuh raya Philadelphia runtuh

    NEW YORK, 12 JUN – Sebahagian daripada jejambat di lebuh raya yang sibuk di Philadelphia di Pennsylvania, Amerika Syarikat roboh selepas sebuah lori tangki yang membawa petrol terbakar di bawah jejambat itu, lapor Xinhua hari ini.

    Gabenor Pennsylvania Josh Shapiro berkata tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti mana-mana individu yang mungkin telah terperangkap dalam kejadian itu.

    Beliau berkata, bahagian utara lebuh raya itu runtuh sepenuhnya, manakala lorong arah selatan tidak selamat untuk digunakan dan akan mengambil masa ‘beberapa bulan’ untuk dibaik pulih.

    Lalu lintas di kedua-dua arah lebuh raya itu ditutup. Klip video menunjukkan kenderaan kecemasan berkumpul di sekitar jejantas yang runtuh itu. – Bernama

    Bomba bekerja di sebahagian jejambat yang runtuh di Philadelphia pada 11 Jun. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda