Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT- Penutupan sementara sepenuh jalan di jejambat utama Berakas akan bermula pada 3 Oktober hingga 6 Oktober ini bermula pukul 9 pagi hingga kerja-kerja selesai, dan ini tertakluk kepada keadaan cuaca.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, penutupan tersebut disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan di jalan susur keluar hala ke Muara.
Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif, dan pengguna jalan berkenaan juga diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.


