Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jeju Air kurangkan 188 Penerbangan dari Busan

    SEOUL, 7 JAN – Jeju Air Co hari ini merancang untuk mengurangkan 188 penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Busan pada suku pertama tahun ini.

    Menurut syarikat penerbangan tambang rendah yang terpalit kontroversi selepas nahas pesawat yang meragut 179 nyawa baru-baru ini, pelan pengurangan operasi akan dimuktamadkan minggu ini. Agensi berita Yonhap melaporkan, susulan tragedi yang berlaku pada 29 Disember, Jeju Air mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan sebanyak 10 hingga 15 peratus menjelang Mac sebagai langkah meningkatkan keselamatan operasi.

    Menurut syarikat itu, penerbangan dari Busan, bandar pelabuhan di tenggara Korea Selatan ke Clark, Filipina, dibatalkan dari 22 Januari hingga 30 Mac, melibatkan pengurangan 78 pe-nerbangan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda