Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jelajah Kerjaya kedua bermula di Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 2 OKT – Pusat Pekerjaan Brunei (PPB) di bawah Jabatan Perdana Menteri menganjurkan Jelajah Kerjaya buat kali kedua di seluruh negara bermula hari ini hingga 19 Oktober.

    Acara itu bermula hari ini di Pusat Insani, Seria, Daerah Belait selama tiga hari yang mana menyaksikan seramai 39 peserta pameran, terdiri daripada 27 syarikat dan agensi swasta, tujuh agensi kerajaan dan lima bilik temu duga.

    Antara aktiviti yang diadakan semasa Jelajah Kerjaya termasuk pendaftaran akaun PPB, pengaktifan e-Darussalam, konsultasi curriculum vitae (CV), temu duga terbuka, pameran daripada syarikat-syarikat, taklimat, sesi perkongsian daripada pakar industri, Career Discovery Hub, permainan, pertandingan dan cabutan bertuah.

    Jelajah Kerjaya di Daerah Belait dijadual akan diteruskan esok sehingga 4 Oktober, dari 9 pagi hingga 5 petang, kecuali pada hari Jumaat, ia akan ditutup kepada orang ramai dari 11:30 pagi hingga 2:30 petang.

    Jelajah Kerjaya seterusnya akan diadakan di Daerah Tutong pada 7 dan 8 Oktober di Dewan Serba guna Serambangun; kemudian di Daerah Temburong pada 11 Oktober di Dewan Kemasyarakatan Belalong; dan akan berakhir di Daerah Brunei dan Muara, pada 16 hingga 19 Oktober di Dewan 1 dan 2, Bridex, Jerudong.

    Antara pencari kerja semasa mengunjungi salah satu petak pada Jelajah Kerjaya yang diadakan di Daerah Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    Para pencari kerja adalah dialu-alukan untuk menghadiri acara tersebut dan diingatkan untuk membawa hardcopy dan softcopy CV yang dikemas kini bersama dokumen yang berkaitan. Pencari kerja juga berpeluang untuk menyerahkan CV mereka secara digital kepada bakal majikan semasa acara tersebut. Perkhidmatan fotokopi berbayar turut disediakan bagi Jelajah Kerjaya di Daerah Brunei Muara sahaja.

    Jelajah Kerjaya tahun ini akan menampilkan lebih 90 agensi yang mengambil bahagian daripada sektor kerajaan dan swasta yang tersebar di semua pameran yang diadakan di seluruh negara, dengan lebih 1,200 peluang pekerjaan ditawarkan kepada pencari kerja yang melawat merentasi pelbagai industri seperti peruncitan, makanan dan minuman (F&B), IT, pembinaan dan banyak lagi.

    Sebarang pertanyaan mengenai Jelajah Kerjaya atau maklumat lanjut mengenai PPB boleh didapati dengan menghubungi pusat berkenaan melalui WhatsApp di talian 7291785 atau 8239933 dan ikuti akaun Instagram @jobcentrebrunei untuk maklumat terkini.

    Buku panduan Jelajah Kerjaya 2025 boleh dimuat turun dari www.jobcentrebrunei.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda