Saturday, September 21, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jelajah suasana, budaya tradisional Andong

    ANDONG – Andong, sebuah bandar di tengah-tengah Wilayah Gyeongsang Utara, merupakan destinasi pilihan untuk merasai pengalaman tradisional Korea di mana banyak warisan budaya yang dipelihara dengan baik.

    Bermula dari akademi Konfusianisme Korea yang bersejarah, Byeongsan Seowon, ke rumah lama seonbi yang terkenal di mana setiap sudut bandar menyediakan pemandangan yang luas.

    Sekumpulan rumah tradisional Korea di Kampung Rakyat Andong Hahoe mengundang pelancong, menawarkan latar belakang estetik untuk pengunjung bagi merakamkan detik bergambar sebagai kenang-kenangan.

    Akan tetapi, ruang dalaman hanok merupakan daya tarikan sebenar di mana seseorang dapat merasakan suasana tenang yang tercipta dalam suasana alam semula jadi.

    “Orang Korea menunjukkan ciri-ciri seni bina yang berbeza apabila mereka bentuk rumah tradisional. Ciri utama ialah konsep adaptasi alam semula jadi, yang bermaksud arkitek memperkenalkan pokok, gunung, laluan air dan matahari ke dalam rumah di mana pengunjung boleh bernafas dalam alam semula jadi secara praktikal di mana-mana sahaja di dalam rumah,” kata Presiden Rakkojae, jenama hotel hanok utama, Ahn Young-hwan, kepada The Korea Herald.

    Buyongjeong dari Hotel Rakkojae Hahoe Hanok di Andong, Wilayah Gyeongsang Utara. – The Korea Herald
    Pemandangan pergunungan yang indah dapat dilihat dari sebuah bilik di hanok. – The Korea Herald
    Patung batu pasangan suami isteri dipamerkan di hadapan astaka, Buyongjeong, yang disediakan untuk pasangan berbulan madu. – The Korea Herald
    Presiden Rakkojae Ahn Young-hwan. – The Korea Herald
    Bahagian dalam bilik Hotel Rakkojae Hahoe Hanok. – The Korea Herald
    Bongkah kayu yang digunakan sebagai xylographs dipamerkan di lobi hotel. – The Korea Herald

    Walaupun terdapat banyak rumah tradisional Korea yang tersenarai dalam destinasi pelancongan popular membolehkan pelancong luar negara melihatnya, akan tetapi ia tidak mencukupi untuk menyaingi keindahan hanok, terutamanya apabila dikelilingi oleh bangunan pencakar langit di bandar yang sibuk, menurut presiden.

    Ahn, seorang veteran yang telah lama berkecimpung dengan hotel hanok selama 21 tahun dan memulakan perniagaannya di Bukchon Hanok Village, berasa yakin Rakkojae Hahoe Hanok Hotel di Andong bukan sahaja akan memberikan pengalaman hanok yang unik untuk pengunjung, tetapi juga memberikan kepuasan kepada mereka.

    Dari ruang istirahat lobi ke bilik bertema hanok, hotel tersebut menghiburkan pengunjungnya dengan kejutan yang mengujakan daripada daedeulbo, atau alang kayu bersaiz besar, kepada pelbagai jubin bumbung tradisional giwa yang berwarna-warni.

    Sebelum membongkar beg awda, luangkan masa untuk menikmati beberapa barang antik dan peninggalan yang wujud sejak ratusan tahun lalu di dalam bilik yang kelihatan seperti muzium peribadi.

    Luangkan masa berjalan-jalan di sepanjang laluan yang dikelilingi oleh pokok pain di mana ia akan menjadi pengalaman unik, seolah-olah awda bersiar-siar di dalam taman belakang Changdeokgung, sebuah istana Joseon di Seoul.

    “Memandangkan Kampung Rakyat Andong Hahoe sangat dekat, saya rasa hanok mungkin belum cukup untuk memuaskan hati pengunjung. Jadi kami akan membawa mereka merujuk beberapa buah reka bentuk bangunan hanok di Changdeokgung seperti Dewan Nakseonjae dan pavilion, Buyongjeong,” kata Ahn.

    Bagi menyesuaikan gaya hanok tradisional, hotel itu tidak mempunyai pilihan selain menyediakan koridor dan lif untuk kemudahan pengunjung.

    Selain itu, berjalan kaki selama satu atau dua minit ke bilik dan lobi berdekatan juga memberikan peluang ketenangan dengan suasana yang dikelilingi oleh kicauan burung dari segenap penjuru pada waktu pagi dan bunyian belalang pada waktu malam.

    Jika awda ingin menikmati hotel hanok sepenuhnya, cuba tanggalkan kasut awda, berjalan tanpa alas kaki di atas denai pejalan kaki yang dilitupi tanah liat merah dan nikmati rehat santai di bilik sauna yang dipenuhi dengan wangian mugwort.

    “Awda boleh menikmati keindahan hanok dalam pelbagai cara selepas mengetahui butiran sama ada yang terdapat di dalam mahupun luarannya,” kata Ahn kepada The Korea Herald.

    “Tidak seperti Hotel Rakkojae Seoul Bukchon Village Hanok, di mana panduan budaya kami sedia untuk berkongsi pandangan mereka tentang hanok, hotel Andong turut menyediakan katalog bahasa asing untuk pengunjung antarabangsa supaya mereka dapat memahami dengan lebih baik tentang rumah tradisional Korea,” tambah Ahn. – The Korea Herald

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda