Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jelawat badai Filipina, ribuan larikan diri

    MANILA, 18 DIS – Ribuan penduduk Filipina berlindung di pusat pemindahan hari ini ketika Ribut Tropika Jelawat melanda pulau besar di selatan Mindanao sehingga meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh.

    Ketua Perkhidmatan Cuaca berkata, tiupan angin sederhana berkelajuan 65 kilometer sejam (km/j) mendarat pada pagi ini.

    Agensi penyelamat di wilayah itu berkata tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan, tetapi 11,729 penduduk sudah dipindahkan dari pantai timur dan utara Mindanao sebagai langkah berjaga-jaga.

    Jelawat diramalkan melanda barat laut merentasi selatan sepanjang hari, dengan perkhidmatan cuaca memberi amaran hujan lebat terutama di kawasan pedalaman pergunungan.

    “Dalam keadaan ini, banjir dan tanah runtuh akibat hujan berkemungkinan besar berlaku terutama di kawasan yang terdedah kepada bahaya ini,” menurut buletin ribut terbaharu Filipina.

    Pegawai ramalan cuaca, Veronica Torres berkata terdapat kemungkinan besar ribut itu akan bertambah lemah pada siang hari ketika ia melintasi daratan.

    Sektor perkapalan laut terganggu terutama di kawasan berhampiran laluan yang diramal dilanda ribut, dengan 89 kapal dan hampir 1,000 orang sama ada mencari perlindungan atau terkandas di pelabuhan di mana pelayaran dilarang sebelum ribut.

    Kira-kira 20 ribut dan taufan melanda Filipina atau perairan sekitarnya setiap tahun sehingga membunuh ratusan orang serta menjerumuskan banyak kawasan di negara itu dalam kancah kemiskinan. – AFP

    Sepasang suami isteri berpindah dari rumah mereka di tengah banjir akibat Ribut Jelawat di Prosperidad, wilayah Agusan del Sur kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda