Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Jemaah 90 buah masjid sertai Malam Munajat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Malam Munajat ke-54 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah disertai jemaah dari 90 buah masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara secara maya, kelmarin

    Turut menyertainya ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Jemaah masjid-masjid yang menyertainya termasuklah Masjid Kampung Sungai Hanching dan Masjid Kampung Menunggol di Daerah Brunei dan Muara; Masjid Hassanal Bolkiah, Daerah Tutong; Masjid Kampung Selangan, Daerah Temburong serta Masjid Pekan Seria, Daerah Belait.

    Malam Munajat itu diserikan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, seterusnya bacaan Surah Yasin dan Doa Munajat.

    Ia turut diisikan dengan tazkirah bertajuk ‘Contohi Sifat Malu Rasulullah SAW’ disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang dan Ketua Hal Ehwal Alumni, Pejabat Hal Ehwal Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr Hafini bin Mahmud.

    Seterusnya, bacaan Asma’ul Husna turut digemakan, diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    KHEU turut mengalu-alukan orang ramai menyertai malam munajat tersebut setiap Sabtu dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau melalui Instagram Pusat Dakwah Islamiah @pdi_kheu.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyertai Malam Munajat yang diadakan secara maya, kelmarin.- Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...