Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Jemaah Tadarus Al-Quran Subuh Masjid Kampung (Kg) Mentiri, hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran selepas tamatnya bacaan 30 juzuk Al-Quran secara berjemaah di masjid berkenaan.
Majlis itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan bacaan Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas yang diketuai oleh imam masjid berkenaan, Haji Sanip bin Haji Nasar sekali gus membacakan Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis tersebut diadakan bagi sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Israk Mijrak di samping mengimarahkan lagi masjid tersebut.