Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Jemaah tadarus Al-Quran Masjid Hassanal Bolkiah (MHB), Kampung Mentiri, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran setelah berjaya melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.
Majlis yang diadakan di masjid berkenaan bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Haji Annuar bin Penghulu Haji Ibrahim yang juga mengetahui bacaan surah lazim, bermula dari Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas.
Jemaah tadarus berkenaan melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran yang diadakan setiap hari selepas Sembahyang Fardu Subuh berjemaah di masjid berkenaan yang antara lain bertujuan untuk mengimarahkan masjid dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


