Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jenama HURIX’S teroka pasaran antarabangsa

    JIN Bin Group telah menghasilkan ubat-ubatan tradisional Cina menggunakan kaedah saintifik dengan pengalaman 40 tahun dalam pembuatan ubat-ubatan herba di bawah jenama ‘HURIX’S.’

    Jin Bin Group amat komited dalam menggunakan herba yang berkualiti tinggi, teknologi moden dan berinovatif bagi pengeluaran produknya.

    Ia juga mempunyai sekumpulan kakitangan yang berkelayakan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan keselamatan dan kualiti produknya.

    Produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut melepasi piawai Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang ketat dan mengawal semua fasa proses pengeluaran termasuklah proses perolehan dan pengujian bahan-bahan mentah sehinggalah proses pembungkusan bagi memastikan produk yang dikeluarkan bermutu tinggi.

    Jin Bin Group juga menggunakan teknologi dalam proses pengekstrakan dan pemekatan herba. Melalui kaedah saintifik dalam penghasilan ubat-ubatan herba, pengekstrakan herba yang mempunyai saiz molekul yang bersesuaian dan bioavaibiliti yang baik, adalah lebih mudah diserap oleh badan manusia.

    Antara ubat-ubatan herba di bawah jenama ‘HURIX’S.’

    Dalam usaha untuk mengekalkan kualiti dan keselamatan produk, Jin Bin Group telah mengaplikasikan ujian ketepatan dan kepersisian untuk memastikan produk adalah selamat dan memenuhi parameter yang dikehendaki.

    HURIX’S 600 Fluaway Improved (MAL15080018TC) merupakan antara produk terlaris yang boleh digunakan untuk melegakan selesema, hidung berair dan hidung tersumbat dengan segera. Ia tidak menyebabkan mengantuk dan keletihan selepas makan. HURIX’S 600 Fluaway turut dinobatkan sebagai pemenang HWB Award dari Watson’s untuk tempoh tujuh tahun berturut-turut sejak 2010 hingga 2016.

    HURIX’S Cool Inhaler (MAL0509-2475TC) juga merupakan salah satu produk yang terlaris. Satu tiub HURIX’S Cool Inhaler di tangan, anda tidak perlu khuatir lagi dengan hidung tersumbat, sedut secara perlahan pada bila-bila masa perlu untuk melegakan hidung tersumbat. Ia juga digunakan untuk mengembalikan kesegaran.

    Selain itu, satu lagi produk yang mendapat perhatian terutamanya di pasaran Melayu adalah HURIX’S Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu plus (MAL05041895TC) yang boleh digunakan untuk mengurangkan kahak, melegakan batuk, sakit tekak, suara serak, kepanasan badan dan selesema. Produk HURIX’S Sirap Gamat & Madu Plus untuk Kanak-kanak (MAL16090049TC) pula telah direka khas untuk kanak-kanak, yang digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, mengurangkan kahak, melegakan demam, selesema dan panas badan. Gamat adalah salah satu ramuan herba asli untuk kedua-dua produk tersebut. Gamat boleh digunakan untuk melegakan masalah pernafasan seperti batuk dan membantu pemulihan tekak yang cedera.

    Cuaca yang tidak menentu, pencemaran udara dan krisis jerebu boleh menjejaskan kesihatan kita. Namun dengan HURIX’S 600 Flucough (MAL09032014TC), anda boleh gunakannya untuk melegakan selesema, batuk, mengurangkan kahak, melegakan demam, mengurangkan kepanasan badan dan melegakan sakit tekak. Ia dihasilkan daripada herba semula jadi, tidak menyebabkan mengantuk dan keletihan selepas minum.

    Tambahan pula, bahagian pengeluaran sirap ubat batuk dilaksanakan secara sepenuh automatik yang digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran, mengurangkan kesilapan dan mengurangkan kontaminasi yang disebabkan oleh sentuhan manusia dan mengurangkan kos pengeluaran.

    Produk-produk HURIX’S di atas adalah produk terlaris yang utama di HURIX’S. Jin Bin Group juga mempunyai produk farmaseutikal lain. Jin Bin Group mula menerokai pasaran antarabangsa menerusi pengembangan jualan produk ke beberapa Negara ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Macau bagi mengukuhkan perolehan syarikat.

    Jin Bin Group berkomited untuk menghasilkan produk dan ubat-ubatan yang berkualiti tinggi, sihat, semula jadi dan mempunyai nilai yang berpatutan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda