Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI – Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida, satu racun perosak karsinogenik pada paras yang tidak selamat 

    Pihak Berkuasa Standard dan Keselamatan Makanan India (FSSAI)  mengambil sampel rempah-ratus daripada semua jenama di dalam negara ini.

    “Setiap produk tersampel akan dianalisis untuk pematuhan parameter kualiti dan keselamatan,” kata  FSSAI yang dipetik dalam laporan media.

    Jualan produk daripada dua jenama popular India dihentikan baru-baru ini di Singapura, Hong Kong dan Maldives.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) juga telah membuka siasatan terhadap dakwaan bahawa rempah-ratus mereka mengandungi paras racun perosak mengakibatkan kanser yang tinggi. 

    Salah sebuah syarikat berkenaan berkata ia telah mematuhi standard keselamatan dan kesihatan tempatan serta antarabangsa dan menolak kewujudan etilena oksida. 

    “Kami mengatakan dan menjelaskan dakwaan ini adalah palsu dan tiada bukti kukuh. Tambahan pula, kami tidak menerima sebarang makluman daripada pegawai kawal selia  Singapura atau Hong Kong,” katanya dalam satu kenyataan pada 28 April.   

    Pusat Keselamatan Makanan Hong Kong (CFS) pada bulan lepas menyatakan ia mengambil beberapa sampel beberapa produk campuran rempah-ratus dan mendapati produk berkenaan mengandungi  etilena oksida.

    “Orang ramai tidak sepatutnya menggunakan produk yang terkesan itu. Perniagaan seharusnya berhenti menggunakan atau menjual produk terkesan itu dengan segera jika mereka memilikinya,” kata CFS memberi amaran kepada penjual bahawa mereka boleh disaman atau dipenjarakan jika sabit kesalahan.    

    Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-ubatan Maldives (MFDA) juga mengeluarkan satu peringatan bulan lepas, meminta pengguna untuk tidak menggunakan serbuk rempah-ratus daripada jenama terlibat. 

    Lembaga Rempah-Ratus India, sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri pada bulan lepas mencari data eksport kedua-kedua pengeluar ke Hong Kong dan Singapura serta mengadakan libat urus  dengan syarikat berkenaan untuk mencari punca sebenar isu ini, menurut sebuah laporan media India. –Bernama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Penarikan balik susu anak damit ByHeart

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV...

    Olah batang pisang jadi produk mesra alam

    SABAH - Selepas setiap musim menuai pisang, timbunan batang...

    AS hapus amaran keselamatan terapi hormon menopaus

    WASHINGTON, 11 NOV – Amerika Syarikat (AS) akan menghapuskan...

    FDA beri amaran terhadap laman web jual Botox tidak diluluskan

    MARYLAND, 6 NOV – Pengawal selia kesihatan Amerika Syarikat...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...