Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jenama Wuling mendapat tempat di Indonesia

    JAKARTA – Kenderaan yang dihasilkan oleh pembuat kereta kerjasama dari China SAIC-GM-Wuling Automobile (SGMW) semakin terkenal selepas jenama tersebut bertapak di Indonesia dan dibuka pada tahun 2017.

    Kereta pelbagai fungsi The Wuling Confero (MPV) dihasilkan di sebuah kilang yang bernilai AS$700 juta di Cikarang, Indonesia telah mendapat pujian yang meluas malah jenama itu dimasukkan dalam Majalah Automobil, Car of The Year 2017 di Indonesia. Confero MPV tempatan itu turut memenangi Anugerah Rookie of The Year 2018 dan dipilih oleh media automobil terkemuka di Indonesia.

    Selain itu, penghormatan lain untuk Wuling termasuk kenderaan Cortez MPV mereka yang telah memenangi Anugerah Kereta Terbaik Automobil pada tahun 2018. Anugerah dan pengiktirafan serta reputasi Wuling yang semakin meningkat telah menyaksikan pembuat kereta tersebut berada di dalam kedudukan 10 jenama teratas yang paling laris dan terkenal di Indonesia.

    Eksekutif Kanan Pengedar Wuling, Indonesia berkata bahawa anugerah itu memang layak sebagaimana pembuat kereta China, yang berpangkalan di Liuzhou, wilayah autonomi Guangxi Zhuang China Selatan, mencapai jualan sebanyak 17,000 unit pada tahun 2018 sahaja.

    “Ia merupakan satu fenomena yang luar biasa khususnya di Indonesia kerana Wuling berjaya merebut kedudukan keenam antara 10 jenama kereta teratas dalam masa yang pendek selepas jenama itu membuka kilangnya di negara ini,” kata Ali, Presiden Hanafiah, PT Arista Jaya Lestari kepada media Xinhua.

    Anugerah dan pengiktirafan serta reputasi Wuling yang semakin meningkat telah menyaksikan pembuat kereta tersebut berada di dalam kedudukan 10 jenama teratas yang paling laris dan terkenal di Indonesia. – Xinhua
    Perniagaan berkembang pesat untuk Wuling di Indonesia di mana cawangan jenama itu meningkat dari 42 pada tahun 2017 kepada hampir 100 buah di seluruh negara. – Xinhua
    Jenama itu dimasukkan dalam Majalah Automobil, Car of The Year 2017 di Indonesia. – Xinhua

    Berteknologi tinggi

    Jenama Wuling semakin terkenal di Indonesia, kerana setiap model menawarkan ciri-ciri berteknologi tinggi yang tidak dijumpai lagi oleh mana-mana pesaing. “Apa yang dirasakan oleh pengguna apabila mereka membeli kereta Wuling adalah nilai untuk wang. Pengguna mendapat banyak kelebihan berbanding apa yang mereka bayar jika dibandingkan dengan jenama yang lain dalam kelas yang sama,” kata Ali yang mengendalikan 41 pengedar kereta jenama Wuling.

    Veteran dalam perniagaan automobil itu turut menerangkan bahawa Wuling telah mendatangkan impak yang positif khususnya dalam industri automotif China dan bersama dengan kilang tempatan Indonesia, Wuling berusaha menghasilkan kenderaan yang bermutu tinggi dan berkualiti, penjagaan selepas penjualan yang komprehensif kepada para pelanggan membuatkan jenama tersebut terus mendapat tempat di Indonesia.

    “Wuling sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terhadap pasaran Indonesia dengan membuka kilangnya di zon perindustrian Cikarang, yang terletak di wilayah Bekasi, Jawa Barat,” kata Ali, sambil menambah bahawa komitmen itu telah berjaya mencapai penjualan memecahkan rekod yang ada.

    SGMW Motor Indonesia, pengeluar MPV Confero dan Cortez juga menikmati kejayaan yang besar berikutan kenderaan mereka Almaz (SUV), yang telah menerima tempahan pembelian mencecah sehingga 600 unit sejak ia dilancarkan pada akhir bulan Februari lalu. “Kebanyakan mereka yang membeli kereta Wuling adalah terdiri daripada mereka yang berumur 30an tahun kerana mereka tertarik dengan pelbagai ciri-ciri teknologi yang terdapat dalam kenderaan tersebut yang agak sedikit berbeza dengan jenama-jenama kereta yang lain,” tambah Ali.

    Perniagaan berkembang pesat untuk Wuling di Indonesia di mana cawangan jenama itu meningkat dari 42 pada tahun 2017 kepada hampir 100 buah di seluruh negara dengan sasaran jualan firma disemak semula kepada 30,000 unit di seluruh negara pada tahun ini.

    Semasa melakukan percubaan terhadap jenama kenderaan Almaz SUV dari sebuah pengedar di Gading Serpong, seorang pelanggan kagum dengan harga kereta tersebut walhal kereta tersebut dilengkapi dengan teknologi yang canggih. “Dengan ciri-ciri teknologi dalam kereta ini, harga tidak dapat dinafikan sangat kompetitif. Saya pasti akan membeli model kereta ini,” kata Endy Kuswantono, pelanggan berusia 30an kepada media Xinhua.

    Dari segi sasaran dan cita-cita global Wuling, Pengarah Operasi SGMW Motor Indonesia, Shen Yulin berkata bahawa SGMW di Indonesia merupakan sebahagian daripada respons firma kepada inisiatif ‘Satu Jalur Satu Jalan’ yang dica-dangkan oleh pihak China pada tahun 2013. Kawasan seluas 60 hektar di Indonesia itu merupakan kilang terbesar SGMW di luar China yang terdiri daripada kilang utama yang mampu menghasilkan sekitar 120,000 buah kereta dalam masa setahun dan zon pembekal.

    Kilang tersebut turut menggunakan lebih daripada 3,000 pekerja tempatan dan komisen 16 firma tempatan bagi membekalkan komponen untuk pengeluaran kereta itu, kata Shen, sambil menambah bahawa lebih banyak pembekal tempatan sedang berusaha untuk memperluaskan rantaian bekalan bagi kereta Wuling yang dibuat di Indonesia. SGMW Indonesia akan memperkenalkan produk baharu setiap tahun bagi mengekalkan daya saing dan meningkatkan lagi populariti produk Wuling yang semakin meningkat di negara tersebut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda