Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jenazah Nassier Wahab selamat dikebumikan

    Jenazah penyanyi popular era 80an, Datuk Nassier Wahab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah di sini kira-kira pukul 11.35 pagi.

    Nassier Wahab atau nama sebenarnya Mohd Nassir Abd Wahab, 57, meninggal dunia di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya hari ini ini akibat ketumbuhan pada gusi.

    Pada 1 Jun lepas, Allahyarham yang popular dengan lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan pada rahang kiri.

    Terdahulu, jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Kampung Batu Belah di sini sebelum dikebumikan.

    Allahyarham meninggalkan isteri Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah Mohd Nassir, 22 tahun. Antara rakan artis yang turut menziarahi jenazah semasa pengebumiannya ialah Datuk M Nasir, Datuk DJ Dave, Datuk Nashrudin Elias (Nash), Herman Tino dan Ramlah Ram.

    Fatimah yang ditemui pemberita selepas selesai pengebumian itu memberitahu bahawa pada Selasa lepas, arwah suaminya dimasukkan ke UMSC untuk proses menambah darah susulan penyakit yang dialaminya.

    Namun, sejak ditahan wad, Allahyarham Nassier meng-alami demam dan diberikan ubat untuk meredakan kesakitannya tetapi beberapa jam selepas itu, beliau melihat suaminya terbangun dari tidur dan terus muntah darah dengan banyak hingga tidak sedarkan diri.

    “Doktor ada membuat Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) selama 40 minit tetapi beliau terus tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya. – Bernama

    Nassier Wahab atau nama sebenarnya Mohd Nassir Abd Wahab, 57, meninggal dunia di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya akibat ketumbuhan pada gusi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda