Wednesday, April 16, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jenazah Tun Abdullah disemadikan di Makam Pahlawan

    KUALA LUMPUR, 15 APRIL – Jenazah Allahyarham, Tun Abdullah Ahmad Badawi, selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, pada 2:30 petang.

    Perdana Menteri kelima itu dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

    Terdahulu, solat jenazah, tahlil serta bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.

    Selain balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, turut berada di Makam Pahlawan ialah anak Allahyarham, iaitu Tan Sri Kamaluddin serta Nori, dan suami Khairy Jamaluddin dan beberapa ahli keluarga terdekat.

    Turut berada di Makam Pahlawan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta pemimpin lain.

    Tun Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7:10, semalam. – Bernama

    Pegawai tentera dan polis mengusung keranda bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebelum dikebumikan semasa upacara pengebumiannya di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 15 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda