PARIS, 19 JAN – Jumlah perpindahan pemain antarabangsa lelaki pada tahun 2020 menurun 5.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, sementara jumlah bayaran perpindahan turun dengan ketara, sebanyak 23.4 peratus, disebabkan oleh kesan COVID-19, menurut laporan FIFA kelmarin. Dalam Laporan Pasaran Perpindahan Global, badan pentadbir bola sepak dunia mengatakan bahawa jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk yuran perpindahan