Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jendela perpindahan sudah bermula

    LONDON, 31 Dis – Dengan jendela perpindahan Januari dibukakan tahun baru ini, gergasi Liga Perdana bersedia untuk menunjukkan kekukuhan dari segi kewangan untuk membuat perbelanjaan terhadap pemain-pemain yang diminati.

    Liverpool bermula garang sebelum pasaran secara rasminya dibuka apabila The Reds membelanjakan perpindahan rekod dunia untuk seorang pemain pertahanan dengan perjanjian AS$100 juta untuk Virgil van Dijk.

    Manchester City nampaknya sudah selesa berada di persada liga tetapi pendahulu liga itu mungkin menambah seorang atau dua orang lagi pemain untuk menguatkan lagi barisan skuad, sementara Manchester United, Chelsea dan Tottenham bersedia untuk berbelanja.

    Manchester City

    Rekod 18 perlawanan tanpa kalah dalam liga, City tidak mempunyai cacat celanya tetapi itu tidak menghentikan pengurus Pep Guardiola untuk menguatkan lagi skuad City.

    Tonggak pertahanan West Bromwich Albion, Jonny Evans di mana City telah membuat dua bidaan pada musim panas yang lalu masih berada dalam senarai pemain Guardiola untuk menggantikan Vincent Kompany.

    Guardiola dijangka akan kembali memburu Alexis Sanchez jika pengurus dari Sepanyol itu merasakan bahawa dia boleh mendapatkan penyerang Chile dengan harga murah dalam enam bulan terakhir di Arsenal.

    Manchester United

    Dikecewakan dengan kegagalan United untuk merapatkan jurang dengan City di persada liga, Jose Mourinho sudah menyatakan bahawa pasukan itu perlu melabur lebih banyak untuk merapatkan jurang dengan penghuni nombor satu.

    Pemain Juventus Alex Sandro dan Danny Rose dari Tottenham mungkin boleh mengisi barisan pertahanan sementara pemain remaja yang sekarang meningkat naik Ryan Sessegnon mungkin ditandatangan musim depan.

    Rose berkemungkinan besar akan menyertai United di mana dia menjadi pilihan kedua di Tottenham selepas meluahkan rasa tidak gembira kerana kurang digunakan dalam beberapa perlawanan.

    Manakala, pemain Arsenal Mesut Ozil, Julian Weigl dari Borussia Dortmund dan Malcom dari Bordeaux menjadi calon utama untuk menguatkan bahagian tengah United.

    Chelsea

    Pengurus Chelsea Antonio Conte menghabiskan masa merungut mengenai kekurangan barisan skuad selepas Chelsea gagal untuk mendapatkan sasaran utama pada jendela musim panas yang lalu.

    Pemain Real Madrid Yannick Ferreira Carrasco dan Dries Mertens Napoli sering dikaitkan dengan Conte di mana pengurus dari Itali itu mencari pemain tambahan untuk menggantikan Alvaro Morata.

    Liverpool

    Liverpool mula langkah kanan selepas berjaya mendapatkan pemain pertahanan Van Dijk sementara Jurgen Klopp kini sedang berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan Philippe Coutinho yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

    Manakala, Daniel Sturridge dijangka akan meninggalkan Anfield dan Southampton mungkin menjadi destinasi seterusnya.

    Tottenham Hotspur

    Selepas mengalami pertengahan musim yang mengecewakan, pengurus Tottenham Mauricio Pochettino mungkin akan menguatkan barisan tengah.

    Pochettino meminati pemain Everton Ross Barkley, walaupun dia telah menolak perpindahan saat-saat akhir ke Chelsea pada Ogos lalu, pemain antarabangsa England itu dijangka akan menerima tawaran dari Tottenham, yang mungkin akan menawarkan harga yang berpatutan sementara tinggal enam bulan dalam kontrak.

    Arsenal

    Spekulasi yang menular mengenai pemain Arsenal dan barisan jurulatih yang serik dengan laporan komitmen yang ditunjukkan Sanchez, Arsene Wenger perlu membuat keputusan mengenai bekas penyerang Barcelona itu.

    Sanchez yang menolak untuk melanjutkan kontraknya yang berakhir hujung musim ini menyebabkan Wenger masih ragu-ragu untuk melepaskannya secara berbayar atau tidak.

    City hampir mendapatkan Sanchez pada Ogos dan masih menyatakan minat mereka terhadap pemain Chile sementara Paris Saint Germain dan Real Madrid mungkin menjadi destinasi seterusnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda