BANGKOK, 2 Mei – Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn mengumumkan pelantikan Jeneral Suthida Vajiralongkorn Na Ayudhya sebagai permaisuri lapor agensi berita Thailand (TNA).
Menurut pengumuman yang disiarkan dalam warta kerajaan mengatakan Raja Vajiralongkorn telah berkahwin dengan Suthida, mengikut undang-undang dan tradisi diraja.
Pendaftaran perkahwinan diraja itu berlangsung di Dewan Ampornsathan di Istana Dusit pada petang Rabu. – Bernama