Wednesday, October 23, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jengkaut terkecil di dunia

    RALEIGH, 23 OKT – Nano Tracks N320 ialah sebuah jengkaut kawalan jauh yang sangat kecil dengan hanya 1/64 saiz sebenar.

    Walaupun kelihatan seperti mainan dengan saiz demikian, tetapi ia berfungsi sepenuhnya dengan enam motor yang bebas memberikan awda kawalan tepat ke atas setiap pergerakan seolah-olah beroperasi seperti jengkaut sebenar, menurut laporan Oddity Central.

    Sudah pastilah awda tidak muat untuk masuk dan mengendalikannya secara manual tetapi dengan tetapi Nano Tracks N320 didatangkan dengan kawalan RC (remote control) yang sangat tepat dengan mod-mod yang tersedia. Satu kawalan menepati ISO standard industri (kawalan Caterpillar), manakala yang kedua membolehkan anda mengawal trek secara bebas.

    Mengapa perlu bersusah payah membina jengkaut berfungsi sebesar ini? Menurut pengasas NANO TRACKS, Jonathan Abbott, semuanya bermula beberapa tahun yang lalu apabila dia menemui sekumpulan penggemar di YouTube yang suka bermain dengan jengkaut RC kecil yang berfungsi sepenuhnya.

    Dia tertarik untuk mencuba tetapi dia gagal menemuinya di talian. Ketika itulah dia memutuskan untuk membina satu untuk dirinya sendiri.

    Jonathan belajar sendiri menggunakan CAD, membeli pencetak 3D, dan selebihnya, seperti yang mereka katakan, adalah sejarah.

    Ciptaan pertama Jonathan dibuat daripada resin (sejenis bahan yang digunakan dalam pembinaan), tetapi ia rapuh dan tidak konsisten pada skala sekecil itu memaksa dia melihat bahan lain yang lebih tahan lama.

    Prototaip Nano Tracks N320 mengambil masa kira-kira 2,300 jam kerja keras untuk disiapkan tetapi kini Abbott dan pasukannya mempunyai prosedur berulang yang boleh mereka gunakan untuk membawa penggali berfungsi terkecil di dunia kepada orang ramai.

    Jengkaut Nano Tracks N320 telah dilancarkan di kempen Kickstarter dengan matlamat mengutip dana daripada orang ramai sebanyak AS$20,000.

    Kempen berkenaan mencapai kejayaan yang membanggakan apabila Jonathan Abbot mampu mengumpul lebih AS$268,000 dengan baki 70 hari lagi sehingga kempen tersebut tamat. – Agensi

    Nano Tracks N320 dengan alat kawalan RC. – Oddity Central
    Nano Tracks N320, jengkaut sebesar tapak tangan.- Oddity Central

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda