Friday, January 31, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jengkel isteri tidak buat kerja rumah?

    TOKYO, 27 JULAI – Seorang datuk bandar Jepun memohon maaf selepas bantahan orang ramai berhubung risalah yang dikeluarkan kepada wanita hamil yang menasihati mereka mengenai perkara yang paling menggusarkan suami selepas isteri mereka menjadi ibu, kata seorang pegawai hari ini.

    Risalah itu termasuk bahagian bertajuk ‘Nasihat daripada bapa kepada awda’, yang termasuk jawapan kepada tinjauan bapa baharu yang dijalankan lima tahun lalu di bandar Onomichi di wilayah Hiroshima barat.

    Pegawai telah berkongsi maklum balas dengan wanita hamil sejak itu, jelasnya memikirkan adalah berguna untuk mengetahui perkara yang disukai dan tidak disukai oleh bapa baharu tentang tingkah laku isteri mereka selepas bersalin.

    Sesetengah lelaki berkata mereka berasa rimas apabila isteri mereka menjadi ‘jengkel atas sebab yang tidak diketahui’ atau ‘tidak boleh melakukan kerja-kerja rumah’ kerana terlalu sibuk menjaga anak damit.

    Wanita Jepun telah lama bergelut menentang stereotaip jantina yang lama berakar-umbi dalam masyarakat dan terdapat reaksi marah apabila dokumen itu dikongsi di media sosial minggu ini.

    Ia sekali gus mendorong Datuk Bandar Onomichi Yuko Hiratani untuk menerbitkan permohonan maaf pada Selasa dan menarik balik risalah itu, kata pegawai bandar raya Akira Takahashi kepada AFP hari ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda