Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennie bangga disamakan dengan G-Dragon

    ANGGOTA kumpulan Blackpink iaitu Jennie (gambar) dikatakan memiliki wajah mirip penyanyi Big Bang iaitu G-Dragon.

    Selain itu, Jennie juga mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi seperti penyanyi lelaki itu.

    Menerusi temu bual program Night of TV Entertainment baru-baru ini, Jennie berasa satu penghormatan apabila hos program itu memanggilnya G-Dragon versi wanita.

    “Saya tertarik dengan fesyen sejak kecil lagi. Saya banyak baca majalah fesyen dan mencuba pelbagai gaya berbeza.

    “Apabila saya suka dengan apa yang saya pakai, ia membuatkan orang lain pun menyukainya,” katanya.

    Pada sesi temu bual yang turut dihadiri anggota Blackpink lain, mereka berkongsi mengenai perkembangan terbaru.

    Mereka teruja menjayakan rangka promosi lagu baru dan sangat merindui kesibukan bekerja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda