Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennie Blackpink menang kes dakwaan lelaki mengaku bapa kandung

    Penyanyi Jennie Blackpink menarik nafas lega apabila menang kes saman terhadap seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa kandungnya.

    Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Korea Selatan selepas mendapati dakwaan dibuat oleh lelaki yang dikenali sebagai A itu tidak berasas, menurut laporan mStar.

    Malah rekod juga telah membukti ahli keluarga Jennie yang sebenar selaku plaintif kes berkenaan.

    “Tiada bukti sokongan terhadap dakwaan defendan selain kenyataan sendiri.

    “Rekod daftar keluarga rasmi plaintif dengan jelas menunjukkan lelaki lain sebagai bapa Jennie.

    “Oleh itu, munasabah untuk menyimpulkan dakwaan defendan adalah palsu,” jelas kenyataan mahkamah.

    Mahkamah turut mengarah semua buku yang ditulis oleh A berkaitan Jennie dihapuskan.

    Ia ekoran A menerbitkan sebuah novel yang menggunakan nama dan logo Jennie sebagai muka hadapan.

    Dalam prolog buku itu, lelaki berkenaan mengakui Jennie sebagai anak perempuannya malah dan ia tersebar dalam kalangan peminat.

    Walaupun hak peribadi Jennie dicerobohi namun tiada sebarang denda dikenakan kerana kes ini tidak melibatkan tuntutan harta.

    Namun defendan diarahkan menanggung semua kos guaman. – Agensi

    Keputusan mahkamah memihak kepada Jennie. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda