Sunday, April 27, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennifer Aniston ‘ketuk’ badan pesawat sebelum masuk

    Pelakon Jennifer Aniston mendedahkan dia mengalami fobia ketika berada di tempat terutamanya semasa menaiki kapal terbang.

    Jennifer, 56, mengakui sudah lama berdepan masalah itu dan sehingga ini ketakutan itu masih menyelubungi dirinya, menurut laporan mStar.

    Menerusi temu bual bersama Travel and Leisure, Jennifer berkata dia ada mengikuti beberapa rawatan terapi khusus untuk menangani isu berkenaan.

    “Saya ada ketakutan luar biasa ketika menaiki kapal terbang tapi belakangan ini saya menjalani hipnosis, syaratnya kena berfikir ketinggian itu adalah tidak benar.

    “Saya sudah tidak lagi mengetuk badan pesawat dengan tangan kanan dan melangkah dengan kaki kanan dan ternyata sangat membantu,” kata Jennifer.

    Difahamkan, antara kaedah yang digunakan Jennifer adalah dengan cara hipnosis dan meditasi sekiranya cemas ketika berada di udara.

    Menurut pelakon The Break Up ini, dia memberitahu sehingga kini dia belum jumpa cara menghilangkan rasa fobia itu dan terpaksa mengikuti beberapa rawatan terapi sehingga kini. – Agensi

    Jennifer selalu ketuk badan kapal terbang sebelum naik kenderaan tu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda