Sunday, March 9, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennifer Garner, Ben Affleck berbaik demi anak-anak

    Pelakon Jennifer Garner mendedahkan dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan semula dengan bekas suaminya iaitu aktor Ben Affleck.

    Page Six melaporkan aktres itu sudah tidak mempunyai perasaan terhadap Ben dan kini sedang bahagia bersama teman lelakinya iaitu usahawan John Miller.

    Malah pelakon filem 13 Going On 30 itu hanya berbaik dengan bekas suaminya itu demi anak-anak mereka.

    “Jennifer mengekalkan hubungan baik dengan Ben hanya kerana mereka mahu bersama-sama menjaga anak-anak dengan baik,” katanya.

    Bagaimanapun, sumber memberitahu Ben terbuka jika diberi peluang oleh ibu kepada anak-anaknya namun sedar permintaan itu tidak realistik.

    Malah ada mengatakan Ben menghormati hubungan Jennifer bersama teman lelakinya.

    “Ben tahu keputusan kembali bersama bekas isteri adalah tidak realistik untuk kehidupan masa hadapan mereka.

    “Selain itu, Ben menghormati hubungan Jennifer dengan Jon dan mereka memang tidak akan bersama semula,” kata sumber.

    Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada Jun 2005 sebelum sah bercerai pada 2018.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 17, Seraphina, 14, dan Samuel yang kini berusia 11 tahun.

    Pada 2022, Ben berkahwin dengan Jennifer Lopez atau JLo selepas setahun kembali menjalinkan hubungan cinta.

    Pasangan ini pernah bertunang pada 2002 namun membatalkan perkahwinan mereka pada tahun berikutnya.

    Ia merupakan perkahwinan keempat JLo dan kedua buat Ben.

    Pada 21 Februari lalu, Ben dan JLo secara rasmi bercerai selepas Mahkamah Tinggi di Los Angeles, Amerika Syarikat mengesahkan permohonan tersebut.

    Jennifer dan Ben (kanan) hanya menjalin hubungan baik demi anak-anak. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda