Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Jennifer Lopez, Ben Affleck mula jalani kehidupan solo

    Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan Jennifer Lopez dan Ben Affleck terus menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.

    Walaupun sudah tinggal berasingan namun pasangan tersebut masih belum membuat keputusan sama ada ingin bercerai atau sebaliknya.

    Namun apa yang pasti, Jennifer dan Ben sudah mula memberi fokus kepada kehidupan masing-masing sejak berpisah.

    People melaporkan Jennifer, 55, akan meluangkan lebih banyak masa untuk bercuti yang tidak membabitkan Ben.

    “Mereka kini lebih fokus kepada kehidupan secara berasingan. Jennifer merancang untuk bercuti ke lebih banyak destinasi,” jelas sumber berkenaan.

    Jennifer dan Ben kini tidak lagi tinggal bersama. – mStar

    Manakala Ben pula sudah mula membawa keluar barang peribadi miliknya dan berpindah ke sebuah rumah sewa selepas Jennifer pulang bercuti dari Itali awal bulan ini.

    Malah Jennifer dan bekas isteri Ben iaitu pelakon Jennifer Garner turut dilihat berkunjung ke rumah sewa aktor tersebut dipercayai bagi membantunya berpindah.

    Pelakon itu juga dilihat masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa dan tidak terganggu dengan cerita sensasi berkaitan rumah tangga mereka.

    “Ben kini tinggal di sebuah rumah sewa di Brentwood. Dia sudah tinggal di situ selama dua bulan. Dia berada dalam keadaan baik dan fokus kepada kerja di pejabat.

    “Ben juga sering meluangkan masa bersama anak-anak,” jelasnya memetik laporan mStar.

    Untuk rekod Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta.

    Pasangan itu juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Demam denggi landa selatan India, Karnataka

    NEW DELHI, 7 JULAI – Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit...