Ketika sedang bergembira melancong ke Itali, timbul pelbagai spekulasi terhadap penyanyi Jennifer Lopez yang dikatakan sudah bercerai dengan suaminya, iaitu Ben Affleck.
Ia susulan Jennifer, 54, dikhabarkan bercuti ke negara tersebut berseorangan tanpa teman.
Lebih menguatkan dakwaan apabila Jennifer langsung tidak memuat naik gambar bersama suaminya semasa percutian tersebut.
Memetik laporan mStar, penyanyi lagu I’m Real itu dilaporkan pergi ke Pantai Amalfi, Itali bersama rakan-rakannya.
Sebelum ini timbul dakwaan apabila Jennifer dan Ben bakal bercerai apabila suaminya itu sudah tidak lagi tinggal sebumbung bersamanya.
Pasangan itu dikatakan bakal menjual banglo mewah berharga RM300 juta sebagai salah satu penyelesaian perceraian mereka. – Agensi