Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennifer Lopez dan Ben Affleck derita PTSD

    Penyanyi Hollywood, Jennifer Lopez mendedahkan dia dan suaminya, Ben Affleck menderita masalah gangguan stres pasca trauma (PTSD) susulan kisah percintaan mereka mendapat perhatian media.

    Memetik dari mStar, Jennifer, 53, berkata, disebabkan perkara itu mereka lebih berhati-hati berkongsi kehidupan peribadi di media sosial bagi mengelak gangguan itu berulang.

    “Kami risau meletakkan kehidupan kami dalam perhatian media sebab kami berdua berdepan masalah PTSD disebabkan hubungan cinta kami sejak 20 tahun lalu sering menjadi tumpuan media.

    “Tetapi kami sekarang lebih dewasa (matang). Kami lebih bijak. Kami tahu apa yang penting (untuk dikongsikan),” katanya.

    Jennifer mendedahkan perkara tersebut dalam satu temu bual bersama Variety yang diterbitkan pada Rabu.

    Dalam perkembangan lain, Jennifer berkata, album dan filem This Is Me…Now yang bakal ditayangkan pada 16 Februari tahun depan akan menceritakan kisah perhubungannya bersama suami.

    Pada awalnya kata Jennifer tidak semua warga produksi bersetuju dengan idea untuk mendokumentasikan percintaan mereka.

    “Sebagai artis, kita perlu mengikut kata hati. Ini adalah saya mengikut kata hati dan melakukan sesuatu yang mungkin semua orang tidak fikir adalah idea terbaik, tetapi saya terpaksa melakukannya,” ujarnya.

    Untuk rekod, Lopez dan Affleck pada awalnya menjalinkan hubungan percintaan pada awal tahun 2000.

    Bagaimanapun hubungan tersebut terputus apabila mereka membatalkan perkahwinan pada 2003.

    Pada 2021, mereka kembali bercinta dan kemudiannya mendirikan rumah tangga setahun kemudian. – Agensi

    Jennifer Lopez kini lebih berhati-hati untuk mendedahkan kehidupan peribadinya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda