Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennifer Lopez dan Ben Affleck di ‘red carpet’

    Gelagat pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck menjadi bualan ramai apabila dikatakan bertengkar semasa berjalan di karpet merah tayangan filem The Mother, baru-baru ini.

    Memetik laporan Daily Mail, pasangan berkenaan dilihat ‘bergaduh mulut’ sebelum kedua-duanya memeluk antara satu sama lain ketika berada di depan kamera.

    Katanya, pasangan berkenaan bertengkar mengenai pakaian yang dikenakan Jennifer.

    Malah semasa bertengkar, Affleck juga meminta agar Jennifer tidak terlalu bimbang dengan penampilan isterinya itu.

    “Jangan risau sayang, baju itu okay sahaja,” katanya.

    Pada Anugerah Grammy 2023 lalu, pasangan ini pernah menjadi tumpuan ramai apabila dilaporkan turut bertengkar di hadapan orang ramai.

    Bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa mereka bukannya bertengkar namun bergurau secara kasar. – Agensi

    Jennifer dan Affleck dilihat bermasam muka ketika di karpet merah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda