Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennifer Lopez mahu cari suami bukan selebriti

    Pelakon dan penyanyi Jennifer Lopez bersedia untuk kembali bercinta selepas bercerai dengan aktor Ben Affleck pada Februari lalu.

    Page Six melaporkan, sumber memberitahu Jennifer sudah terbuka untuk mencari pengganti teman hidup dan mengenali lelaki baharu.

     “Jennifer bersedia sudah bersedia untuk bercinta dan masih belum berputus asa untuk mencari cinta baharu.

    “Rakan-rakannya turut menggalakkan dia bercinta dan kini sedang terbuka untuk mencari teman lelaki baharu,” katanya.

    Dalam pada itu, sumber tersebut turut memberitahu pelakon filem Marry Me itu sedang mempertimbangkan untuk mencari kekasih dalam kalangan bukan artis.

     “Jennifer sedang memikirkan untuk bercinta dengan seseorang yang tidak menjadi perhatian umum tetapi tidak mengehadkan dirinya menghadiri mana-mana acara tertentu,” ujarnya.

    Pada 21 Februari lalu, Jennifer dan Ben secara rasmi bercerai selepas Mahkamah Tinggi di Los Angeles, Amerika Syarikat mengesahkan permohonan tersebut.

    Susulan daripada itu, Jennifer secara rasmi menggugurkan nama ‘Affleck’ daripada nama sahnya.

    Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta.

    Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003.

    Ia perkahwinan keempat untuk Jennifer dan yang kedua buat Ben. – Agensi 

    Jennifer bersedia mencari teman lelaki baharu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda