Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennifer Lopez tidak dibenarkan masuk butik mewah

    Siapa sangka selebriti antarabangsa sehebat, secantik dan sepopular Jennifer Lopez pun tidak dibenarkan masuk ke butik Chanel di Istanbul, Turkiye semata-mata kerana butik barangan mewah tersebut sudah dipenuhi pelanggan lain.

    Memetik laporan Kosmo Online, difahamkan, penyanyi dan pelakon yang berkunjung ke negara itu bagi menjayakan Istanbul Festival di Yenikapi Festival Park sebagai sebahagian daripada acara promosi konsert jelajah Up All Night akur dengan permintaan petugas premis tersebut.

    Jennifer atau JLo kemudian dilihat keluar dengan tenang sebelum membeli-belah ke butik berjenama lain, termasuk Celine dan membelanjakan puluhan ribu dolar.

    Selepas itu, kakitangan Chanel menjemputnya datang ke premis mereka sekali lagi, namun ditolaknya secara baik.

    JLo ketika ini dalam fasa melengkapkan konsert jelajah membabitkan 19 bandar raya utama dunia. – Agensi

    JLo tidak dibenarkan masuk ke butik Chanel kerana premis tersebut sudah dipenuhi pelanggan. – hollywoodreporter
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda