Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jennifer mahu ambil anak angkat

    Pelakon Jennifer Aniston dilaporkan bakal mengambil anak angkat selepas gagal dalam rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

    Kata Jennifer, 57, dia tidak pernah mengalah untuk mendapatkan anak sendiri walaupun terpaksa menggunakan pelbagai cara.

    “Saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat perempuan malah saya tidak pernah putus asa untuk mendapatkan anak dengan menggunakan cara yang berbeza,” katanya.

    Memetik laporan Geo.Tv, Jennifer juga dikatakan selesa membujang walaupun usianya semakin bertambah.

    “Saya tidak sabar untuk ada anak sendiri. Saya seronok menjadi bujang… semakin berusia dan dapat berkongsi hidup dengan anak itu nanti,” kongsinya lagi.

    Tambah Jennifer, dia membuat keputusan untuk mengambil anak angkat itu selepas kematian bapanya, John Aniston.

    “Ketegangan antara saya dan juga bapa saya telah selesai jadi saya tidak teragak-agak untuk membesarkan anak saya sendiri.

    “Saya percaya saya mampu memberikan didikan terbaik pada anak saya malah saya juga boleh mengupah pengasuh untuk menjaganya,” kongsinya. – Agensi

    Jennifer Aniston mahu anak angkat perempuan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda