MUNICH – BMW Group memperkenalkan Vision Vehicle baharu iaitu BMW Vision iNext di Pameran Auto Los Angeles. Kenderaan ini memberikan wawasan mengenai masa depan mobiliti persendirian dan juga ia melambangkan permulaan untuk era baharu dalam kenikmatan pemanduan.
BMW Vision iNEXT mewakili komponen penting untuk BMW Group yang merangkumi teknologi, reka bentuk dan cara pemikiran baharu yang akan meresapi ke seluruh syarikat dan jenamanya.
Ini merupakan pertama kali bidang inovasi strategik BMW Group seperti Autonomous driving, Connectivity, Electrification and Services (ACES) digabungkan di dalam sebuah kenderaan sementara reka bentuknya memberikan visual ekspresi (D+ACES) dan menawarkan kenikmatan pemanduan masa depan.
Berdasarkan reka bentuk Human-centred ini, mobiliti merupakan perkara semula jadi yang berkaitan dengan kehidupan, pengalaman serta deria rasa seseorang. Oleh itu, beberapa kemungkinan yang ditawarkan oleh pemanduan autonomi, elektrifikasi dan kesalinghubungan yang hebat akan membuka pintu untuk pengalaman baharu dan cara membentuk perjalanan oleh kereta. Pada masa yang sama, ia juga menjanjikan untuk mengubah keinginan dan cara hidup.
Para pemandu akan memberikan kebebasan yang luar biasa apabila membuat keputusan bagaimana mereka mahu meluangkan masa di dalam kereta. Reka bentuk dalaman BMW Vision iNext adalah sangat penting.





Model ini mencipta ruang pergerakan yang menawarkan kualiti hidup sebenar dan memperkenalkan keperluan ‘ruang pilihan’ untuk pengguna dan untuk bersantai. Reka bentuk yang mantap itu memberikan harapan dan meresapi sensasi positif apabila memasuki kenderaan ini.
Geometri bagi ruang kabin iNext merangkumi garisan bentuk yang ringkas dan memberi fokus kepada bahan dan warna. Campuran kain dan kayu memberikan rasa luar biasa dengan reka bentuk dalaman sekali gus memberikan sentuhan ciri ‘butik’.
Dari segi warna, ruang dalaman dihiasi dengan warna yang tenang seperti warna Purus Rosé, Brown dan Beige dan kilauan metalik Mystic Bronze menyerlahkan lagi ruang dalamannya. Manakala, kompartmen bahagian belakang didominasikan dengan warna petrol dengan sentuhan Enlighted Cloudburst serta hiasan tenunan yang halus menghiasi tempat duduk.
iNext ini juga dilengkapi dengan teknologi pintar yang akan membantu penggunanya dengan cara yang lebih tidak menonjol pada masa depan. Di dalam model ini, teknologi seperti ini berada di sebalik tabir dan tidak ketara, sesuai dengan namanya, Shy Tech dan hanya digunakan apabila diperlukan atau atas permintaan pemandu atau penumpang.
Ada beberapa perkara yang tidak memerlukan skrin atau punat. Fungsi tersebut beroperasi dengan menggunakan permukaan yang dibuat daripada kayu atau kain seperti kain Jacquard di dalam BMW Vision iNext. Pengawalan kereta disesuaikan dengan setiap keperluan pengguna kenderaan ini.
Apa yang paling menarik adalah reka bentuk luaran BMW Vision iNext yang juga dilengkapi dengan inovasi dan reka bentuk BMW i baharu sangat jelas kelihatan dengan bentuk yang jelas dan garisan menonjol termasuk permukaan melengkung seperti bentuk otot di bahagian tepi. Dengan warna Liquid Greyrose Copper yang menghiasi model ini yang mana ia akan berubah secara beransur-ansur daripada warm copper ke dark rose sekali gus menonjolkan dynamisme dan menampak impak bahagian luaran yang menakjubkan.
BMW Vision iNext dilengkapi dengan reka bentuk klasik BMW iaitu bentuk empat mata yang dimodenkan dan dihiasi dengan lampu utama yang nipis serta fungsi kamera yang memaparkan bahagian belakang. Sementara cermin depan bergabung dengan bumbung panorama yang besar dan memberikan pandangan inovatif dalaman kereta yang jelas.
Sementara itu di bahagian belakang, garisan mendatar dan permukaan mencetuskan pendirian yang lebar dan dinamik dan lampu belakang yang nipis menghiasi bahagian belakang kenderaan ini.
Aliran udara di bahagian bumbung BMW Vision iNext menuju terus ke bahagian hujung dan ini bergabung dengan diffuser bagi mempertingkatkan aerodinamik kereta. Diffuser tersebut merupakan elemen penggayaan yang menarik perhatian dan juga meningkatkan julat elektrik.