Friday, March 21, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jentera mekanikal dicipta

    TAWAU, 4 OGOS – Langkah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, Sawit Kinabalu memperkenalkan jentera mekanikal yang dicipta sendiri, adalah satu usaha baik syarikat itu ke arah gerak kerja lebih efisien, jimat serta relevan.

    Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peralatan yang dicipta itu walaupun teknologinya tidak begitu canggih, tetapi berfungsi dengan baik sekali gus syarikat menjadi perintis dalam penggunaannya.

    “Antara jentera saya lihat tadi ada Sawit Tambadau, Sawit ‘Crawler’, peralatan ini masing-masing berfungsi, termasuk untuk mengambil dan memunggah longokan buah, ini bukan hanya membolehkan penjimatan kos kerana tidak menggunakan pekerja, malahan dari segi masa pungahan lebih baik dan pantas,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak jentera mekanikal ciptaan Sawit Kinabalu di sini, hari ini.

    Mohd Shafie berkata, meskipun Sawit Kinabalu berhadapan pelbagai ketidaktentuan masalah sawit di dunia, itu tidak melemahkan syarikat itu malahan menunjukkan semangat tinggi dan sifat kompetitif. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda