Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Jentera sawa hempap dua lelaki Bangladesh

    IPOH, 6 APRIL – Siasatan awal pihak polis mendapati jentera sawa tergelincir punca kemalangan hingga menyebabkan dua lelaki Bangladesh maut di sebuah tapak kuari di Simpang Pulai malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata jentera milik pihak kuari itu tergelincir lalu terbalik dan menghempap kedua-dua mangsa hingga menyebabkan mereka meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

    “Pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta ambulans telah sampai di tempat kejadian dan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia.

    “Pihak JBPM dengan dibantu mesin pengorek pihak kuari telah berjaya membawa keluar mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan tersepit di jentera sawa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata mangsa kedua ditemukan berada di kokpit dan dipercayai memandu jentera sawa tersebut manakala mangsa pertama ditemukan tersepit di bingkai kokpit.

    Menurut Yahaya, butiran mangsa pertama berusia 25 tahun dapat dikenal pasti kerana memiliki kad pekerja dan pasport namun identiti mangsa kedua tidak dapat dikenal pasti yang pihak kuari mendakwa mangsa kedua itu bukan pekerjanya. – Bernama

    Polis mendapati jentera sawa tergelincir punca kemalangan. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...

    Ahli MKM berlepas ke Kem Unchiprang, Bangladesh

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV –...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...