Wednesday, April 23, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jentik puntung rokok luar tingkap

    Sejak kebelakangan ini, akhbar kerap melaporkan kompaun yang dikenakan kepada individu ataupun syarikat akibat membuang sampah merata-rata atau tidak menjaga kebersihan di sekitarnya premisnya.

    Kesalahan yang dilaporkan adalah lengkap dibuktikan dengan gambar-gambar kesalahan si pelaku.

    Tindakan ini sedikit sebanyak boleh mendidik masyarakat supaya peka dengan kebersihan sekitar kediaman atau kawasan perniagaannya.

    Paling penting, ia mendidik sikap supaya tidak membuang sampah merata-rata dan menjadi rakyat lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

    Namun tidak di jalanan semasa memandu. Saya sendiri pernah melihat beberapa kali si pemandu menurunkan tingkap dan menjentik keluar puntung rokok.

    Ada juga jenis tidak menjentik keluar tetapi hanya menjatuhkan berdekatan pintu tanpa rasa bersalah. Tingkap kembali dinaikkan dan pemanduan diteruskan seolah-olah tiada apa berlaku.

    Selain itu, ada juga penumpang di sebelah pemandu dengan sengaja melempar tisu yang telah digunakan. Saya dapat lihat kemungkinan suspek adalah ibu pada keluarga kecil memandangkan terdapat beberapa anak kecil sedang duduk di bahagian belakang.

    Tindakan sebegini jelas menyedihkan. Saya terasa ingin sekali merakam kejadian ini dan melaporkan kepada pihak berkuasa tetapi saya risau didenda menggunakan telefon bimbit semasa memandu pula.

    Namun, memandangkan kebanyakan kenderaan pada masa kini mungkin dilengkapi aksesori dash-cam, saya berpendapat pihak berkuasa boleh mempertimbangkan untuk mengenakan denda kepada pemandu yang bersalah berdasarkan bukti rakaman dash-cam daripada saksi.

    Pemandu Geram

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda