Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jeon So Min mahu cari suami untuk kongsi emosi

    Berdepan dengan pelbagai kecaman, pelakon Jeon So Min merasakan perlu ada seseorang di sisi untuk dijadikan pendamping berkongsi emosi.

    Situasi sebegitu juga membuatkan So Min, 39, mula berfikir sudah tiba masanya untuk dia mendirikan rumah tangga.

    Malah dia juga tidak menolak sekiranya bertemu dengan lelaki yang tepat dan berkahwin dalam masa terdekat, menurut petikan mStar.

    “Akhir-akhir ini saya fikir mungkin saya perlu segera berkahwin supaya mendapat sokongan emosi yang lebih kuat untuk jalani kehidupan,” katanya.

    So Min berkongsi perkara tersebut apabila menceritakan kembali pengalaman dia menjadi salah seorang anggota tetap program Running Man sebelum ini.

    Tambahnya meskipun semua ahli turut terkena tempias kecaman, namun dia antara yang sering menjadi sasaran sejak awal kemunculan.

    “Semakin banyak perhatian yang diterima, semakin banyak kita terdedah kepada perkara yang menyakitkan.

    “Jika warganet berbuat demikian, kadang-kadang saya akan mengambil masa untuk merenung berfikir kenapa saya dikecam.

    “Saya tahu ahli lain juga mengalami perkara sama, tetapi banyak kecaman tidak mempunyai asas sebenar,” luahnya.

    So Min menyertai Running Man pada tahun 2017 sebelum mengumumkan pengunduran diri daripada program berkenaan pada 2023. – Agensi

    So Min mahu cari pasangan secepat mungkin. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda