Sunday, December 15, 2024
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jeon So Min tak malu kerja kafe bila tiada tawaran kerja

    Pelakon Jeon So Min mendedahkan dia terpaksa bekerja separuh masa di sebuah kafe selepas meninggalkan program Running Man.

    So Min mengambil keputusan tersebut kerana bimbang tiada sumber pendapatan memandangkan kurang menerima tawaran lakonan pada ketika itu.

    “Sejujurnya saya agak risau ketika itu. Tambahan lagi industri drama dan filem Korea tak berapa baik. Saya juga tak dapat tawaran projek sangat.

    “Saya takut tak mampu bertahan tanpa Running Man dan sebab itulah saya pilih bekerja sementara di kafe kawan saya,” katanya.

    Tanpa rasa segan, So Min memberitahu ramai peminat yang terkejut melihat dirinya melakukan pekerjaan selain daripada berlakon.

    Namun rata-rata mereka menerima positif perkara itu malah jumlah pelanggan semakin meningkat sejak kehadiran So Min.

    “Ramai juga yang terkejut bila dapat tahu saya bekerja di kafe malah ada yang tak percaya sebab ingatkan saya hanya lakukan penggambaran.

    “Bos siap minta saya jangan pakai topi atau pelitup muka sebab nak tarik lebih ramai pelanggan,” ujarnya. – Agensi

    So Min memberitahu rata-rata peminat terkejut mengetahui perkara itu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda