Thursday, January 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jeon So Min tak pernah peluk bapa sendiri

    Pelakon Jeon So Min mendedahkan hubungan dia dan bapanya tidaklah rapat seperti disangka orang lain.

    So Min, 38, berkata, dia tidak pernah meluahkan kata-kata sayang apatah lagi memegang tangan atau memaut lengan bapanya sebagai tanda kasih kepadanya.

    “Saya tak rapat dengan ayah tapi saya sangat menyayanginya. Saya tahu dia juga sayangkan saya.

    “Tetapi saya tidak seperti anak perempuan lain, saya tak pernah beritahu saya sayangkannya.

    “Tak hanya itu, saya tak pernah pegang tangan, paut lengan mahupun memeluknya kerana hubungan kami tidak rapat,” jelasnya.

    So Min mendedahkan perkara itu ketika tampil sebagai tetamu podcast aktor Choi Daniel menerusi saluran YouTube miliknya.

    Berkongsi lanjut, So Min yang juga bekas peserta program Running Man memberitahu dia sendiri tidak tahu punca hubungan mereka renggang.

    Katanya, ada kemungkinan ia disebabkan cara dia dibesarkan seperti anak lelaki dan melayannya sebagai seorang rakan.

    “Adakah kerana ayah saya membesarkan saya seperti anak lelaki? Atau mungkin kerana dia melayan saya seperti seorang kawan?,” jelasnya. – Agensi

    So Min dedah tak pernah pegang mahupun peluk bapanya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda