Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19

    TOKYO, 21 FEB – Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan, lapor Xinhua.

    Langkah itu menyebabkan pesakit perlu membayar sendiri rawatan COVID-19 pada kadar yang bergantung kepada pendapatan mereka, lapor Jiji Press kelmarin, memetik pegawai kerajaan.

    Kerajaan menampung sepenuhnya perbelanjaan untuk ubat-ubatan COVID-19 dengan dana awam sejak tahun 2021. Subsidi itu kemudiannya dikurangkan pada Oktober lepas dengan pesakit perlu membayar antara 3,000 yen (kira-kira AS$20) dan 9,000 yen bergantung kepada umur dan pendapatan mereka.

    Di bawah pelan baharu itu, rawatan oral molnupiravir, untuk mencegah gejala serius COVID-19 akan dikenakan bayaran 90,000 yen bagi setiap preskripsi atau kira-kira 28,000 yen bagi mereka yang dilin-dungi oleh insurans awam.

    Subsidi untuk kos hospitalisasi, yang kini ditetapkan pada 10,000 yen sebulan juga akan berakhir bulan depan. Kerajaan juga akan membatalkan pembayaran kepada hospital besar yang menyediakan katil untuk pesakit COVID-19 dengan caj dikenakan dari 29,000 yen hingga 174,000 yen bergantung kepada keadaan jangkitan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...