Wednesday, January 15, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun akan tarik balik amaran ‘gempa mega’

    TOKYO, 15 OGOS – Jepun akan menarik balik amaran ‘gempa mega’ mingguannya hari ini jika tiada lagi aktiviti seismik utama, kata menteri pengurusan bencana.

    Amaran minggu lalu mendorong ribuan rakyat Jepun membatalkan cuti dan menyimpan barang keperluan, menyebabkan rak kosong di beberapa kedai.

    “Jika diperhatikan tiada perubahan tertentu dalam aktiviti seismik atau ubah bentuk kerak bumi, pada jam 17:00 hari ini, kerajaan akan menamatkan panggilan khas untuk beri perhatian,” kata Yoshifumi Matsumura, menteri negara bagi pengurusan bencana.

    “Kemungkinan gempa bumi besar masih belum dihapuskan,” katanya sambil menggesa rakyat supaya sentiasa memeriksa kesiapsiagaan mereka ‘untuk gempa bumi besar yang dijangkakan’.

    Khamis lalu agensi cuaca Jepun berkata kemungkinan kejadian sedemikian adalah ‘lebih tinggi daripada biasa’ selepas sentakan dengan bacaan 7.1 magnitud pada awal hari yang mencederakan 14 orang.

    Itu adalah jenis gegaran tertentu yang dipanggil gempa megathrust subduksi, yang pada masa lalu telah berlaku secara berpasangan dan boleh melancarkan tsunami yang besar.

    Badan penasihat itu bimbang terhadap ‘zon subduksi’ Palung Nangkai antara dua plat tektonik di Lautan Pasifik, di mana gempa bumi besar telah melanda pada masa lalu. Palung dasar laut sepanjang 800 kilometer itu bermula dari Shizuoka, mendaki pantai Pasifik dari wilayah Tokyo ke hujung selatan pulau Kyushu.

    Kerajaan Jepun sebelum ini berkata gempa bumi 8-9 mega magnitud seterusnya di sepanjang Palung Nankai itu mempunyai kira-kira 70 peratus kebarangkalian untuk berlaku dalam tempoh 30 tahun akan datang.

    Dalam senario terburuk 300,000 nyawa boleh terkorban, pakar menganggarkan, dengan beberapa jurutera berkata kerosakan boleh menyebabkan kerosakan infrastruktur mencecah AS$13 trilion. – AFP

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda